Foreword

 

 

Internet Newsletter of Fuchun Community Centre 

Malay Activity Executive Committee

 

 

Home Page

Foreword 

Committee

        Members 

 

Schedule of

       Activities

 

Our Diary of 

       Activities

Coming Soon

Our Links

Application Form

 
 

KATA ALU-ALUAN ENCIK HAWAZI DAIPI, ANGGOTA PARLIMEN GRC SEMBAWANG (MARSILING), DI MAJLIS PELANCARAN KUMPULAN BELIA DAN WANITA FUCHUN CC MAEC

   

 

 

 

 UCAPAN OLEH SAUDARA YAHYA HAMID, PENGERUSI, JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEGIATAN MELAYU BALAI RAKYAT FUCHUN

 

UCAPAN OLEH HJ ABD RAHIM ABD RASHAD, NAIB PENGERUSI (I), MANTAN PENGERUSI (1997 - 1999), JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEGIATAN MELAYU BALAI RAKYAT FUCHUN

 

KATA ALU-ALUAN CIK HAWAZI DAIPI, ANGGOTA PARLIMEN GRC SEMBAWANG (MARSILING), DI MAJLIS PELANCARAN KUMPULAN BELIA DAN WANITA FUCHUN CC MAEC

Assalamualaikum wr wb

Selamat petang dan syabas saya ucapkan kapada Fuchun CC MAEC and sekalian anda atas daya usaha membentuk Kumpulan Wanita dan Belia di bawah Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Balai Rakyat Fuchun ini.

Saya meminta maaf kerana tidak dapat bersama sama anda secara peribadi kerana terpaksa menghadiri acara kesatuan dan majikan yang telah diatur lebih awal.  Saya juga akan menghadiri pertemuan anjuran pemerintah yang baru diterima. 

Sejak sekitar dua tahun berkhidmat di kawasan undi Marsiling, saya telah mendapat dorongan, sokongan, dan kerjasama yang baik daripada segenap lapisan kepimpinan masyarakat di sini, termasuk daripada para aktivis di Balai Rakyat Fuchun.  Saya ucapkan berbanyak banyak terima kasih kapada kepimpinan Balai Rakyat Fuchun atas sokongan dan kerjasama ini dan kepada anda semua kerana menyahut cabaran untuk meningkatkan pernyertaan masyarakat Melayu di balai rakyat dan badan badan akar umbi.

Dengan menyertai MAEC and pelbagai jawatankuasa di balai rakyat dan badan-badan akar umbi yang lain, anda telah memberi peluang kapada kepimpinan masyarakat di peringkat akar umbi untuk mendapat maklum balas dan pandangan daripada orang Melayu.  Demikian juga, anda dapat membantu balai rakyat dan GRO yang lain untuk menganjurkan pelbagai kegiatan bagi orang Melayu khususnya,  Sumbangan ini harus anda pertingkatkan. 

Sebagai anggota masyarakat berbilang kaum di Singapura ini, masyarakat Melayu telah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan lagi keharmonian kaum dan politik di Singapura ini.  Kita harus pelihara sumbangan ini dan mengembangkannya pada masa depan.  Kita harus mengelakkan gelora yang kini berlaku di negara-negara jiran kita.daripada menimpa negara kita.

Hubungan baik dengan kaum lain akan lebih kukuh dengan meningkatnya lagi usaha kita bekerjasama dalam pelbagai kegiatan di peringkat akar umbi.

Saya berterima kasih kapada anda atas sumbangan anda ke arah ini.  Tetapi kita harus mahu meningkatkan mutu perkhidmatan supaya matlamat kita akan dapat dicapai dengan lebih berkesan dan anda sendiri akan lebih di segani.

Akhir sekali, tahniah sekali lagi kapada anda semua.

Wassalam

Hawazi Daipi

 Kembali Ke Atas 

 

 

UCAPAN OLEH HJ ADB RAHIM BIN ABD RASHAD, NAIB PENGERUSI (I), JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEGIATAN MELAYU BALAI RAKYAT FUCHUN

31hb Ogos 1997 merupakan mercu tanda yang penting dalam sejarah Balai Rakyak Fuchun and Balai Rakyat Marsiling kerana pada hari tersebut terakam sejarah di mana dua buah balai rakyat yang berjiran di sebuah kawasan undi yang sama bergabung tenaga meramikan penubuhan Kumpulan Kegiatan Melayu.  

Upacara perasmian diadakan secara besar-besaran dan pada hari yang bersejarah itu terbukti jelas bahawa masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercayaan berbaur sebagai satu masyarakat majmuk yang erat memberi sokongan kepada  kegiatan  yang dianjurkan oleh kedua-dua jawatankuasa kerja  dari kedua-dua buah balai rakyat ini.  

Ternyata bahawa balai rakyat merupakan wahana atau tempat penampungan  di mana semangat saling menghormati, bantu-membantu dan bergaulan  harmonis dapat diwujudkan.  Inilah wawasan Kumpulan Kegiatan Melayu yang ditubuhkan.

Kumpulan Kegiatan Melayu dari kedua-dua buah balai rakyat ini bersikap saling menyokong dan membantu melakar kegiatan yang di anjurkan supaya tidak bertimbal.

Kami sangat bersukacita dengan tersiarnya Persada Masyarakat,  Warta Internet Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Balai Rakyat Fuchun yang merupakan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) yang pertama hadir di ruang siber.

Wassalam.

HJ ABD RAHIM ADB RASHAD

Naib Pengerusi (I)

Mantan Pengerusi (1997 – 1999)

Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Balai Rakyat Fuchun

 

 

Kembali Ke Atas

Home Page | Foreword | Committee Members | Schedule of Activities

Our Diary of Activities | Coming Soon | Our Links | Application Form

 

 

Contact us at:

Tel: 63656911
Fax: 63657472

Email: fuchunccmaec@marsiling.org.sg


1, Woodlands Street 31, Singapore 738581