Majlis Bahasa
Melayu Kelab Masyarakat Fuchun & Marsiling
Dengan Sukacitanya Mempersembahkan…
|
|
PESTA BAHASA & BUDAYA 2006 Sempena Bulan Bahasa 2006 |
|
|
|
Peraduan
Berpidato Peraturan Dan Syarat-Syarat Peraduan |
|
|
Dengan hormatnya dimaklumkan
bahawa PERADUAN BERPIDATO akan dianjurkan
bersama oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat
Fuchun dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat
Marsiling untuk menyemarakkan PESTA BAHASA & BUDAYA 2006 sempena Bulan
Bahasa 2006. Oleh kerana keterbatasan waktu, peraduan ini dihadkan kepada 20 peserta sahaja atas dasar yang dahulu
didahulukan. Peraduan tersebut akan dijalankan pada: Tarikh: Sabtu, 15 Julai 2006 Waktu: 1 tengahari Tempat: Kelab Masyarakat Fuchun, Woodlands St. 31 Matlamat Peraduan 1. Mencungkil
bakat peserta berpidato dalam Bahasa Melayu 2. Menimbulkan
kesedaran masyarakat akan peri pentingnya bertutur Bahasa Melayu dengan
lancar, yakin, bergaya baik dan dengan bahasa yang bermutu 3. Menyerlahkan
keindahan bahasa Melayu melalui pertuturan. Syarat-Syarat
1. Peraduan
ini terbuka kepada warga negara dan penduduk tetap Singapura, para pelajar
sekolah dan pelajar institiusi pengajian tinggi. 2. Setiap
peserta diharuskan berpidato dengan Bahasa Baku atas tajuk-tajuk yang
berkaitan tentang Bahasa dan Budaya Melayu selama tidak lebih dari 8 minit. 3. Tajuk
pidato dan rinkasannya harus diserahkan kepada penganjur terlebih dahulu. 4. Peserta
akan dinilai dari kelancaran berpidato, isi pidato, gaya berpidato dan
bahasa. 5. Pihak
penganjur berhak menukar atau menambah syarat-syarat yang sedia ada jika
perlu. 6. Keputusan
Panel Penilai dan Juri adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan
dilayan. 7. Juara
Peraduan dikehendaki berpidato atas tajuk dan isi pidato yang membawa
kemenangan kepadanya, di acara utama PESTA BAHASA & BUDAYA 2006 pada
Sabtu, 29 Julai 2006, jam 8 malam di Kelab Masyarakat Fuchun, Woodlands St. 31. Hadiah & Sijil Penyertaan ·
Peraduan ini memperuntukkan 3 hadiah
utama. ·
Setiap Peserta akan diberi Sijil
Penyertaan. |
||