[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]
Posted by syazaaaa (166.121.36.9) on 01:14:42 06/07/06
In Reply to: Re: 'gerek' atau 'tak gerek' posted by Sdri Sharifah Raudha Bte Abd.R
Assalamualaikum semua.
Pada pendapat saya, sebaik mungkin, sebagai pengguna bahasa Melayu, kita harus mengelakkan penyalaahan penggunaan perkataan.
Seperti yang dikatakan oleh saudari Sharifah, perkataan 'gerek' bermaksud lain seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu kini.
Apa yang agak dikhuatiri adalah jikalau terlampau lumrah menggunakan perkataan-perkataan sebegitu, dengan secara tidak sengaja, masyarakat Melayu akan menggunakan perkataan itu dalam penulisan.
Misalnya, di dalam rancangan suria yang diterbitkan Najib Ali, KOTT, pengacara Najib Ali banyak menggunakan perkataan 'Gerek'. Rancangan tersebut telah disiarkan di Suria untuk tontonan semua masyarakat Melayu di Singapura. Ini merupakan suatu yang tidak harus dibanggakan kerana penggunaan tersebut di saluran Suria akan mengakibatkan lebih ramai pengguna bahasa Melayu mengikut langkah pengacara tersebut dan menggunakan perkataan tersebut.
Fenomena ini tidak akan berakhir selagi pihak pihak media yang berpengaruh tidak menunjukkan contoh yang sewajarnya kepada masyarakat Melayu.
[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]