Re: 'gerek' atau 'tak gerek'


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]


Posted by Muhammad Firdaus Jumma't (165.21.154.74) on 23:29:48 04/07/06

In Reply to: Re: 'gerek' atau 'tak gerek' posted by Durian

Salam sejahtera...

Saya tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh Durian. Pada pendapat saya, bahasa kita tidak akan dinamik selagi ia tidak digunakan dengan betul.

Perkataan gerek itu sering kali digunakan oleh golongan muda. Kebanyakan daripada golongan muda ini pula ke sekolah dan belajar tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Jadi, mereka harus mempraktikkan apa yang mereka pelajari di sekolah. Dengan itu, barulah bahasa kita akan lebih dinamik lagi kerana lebih ramai pengguna akan faham dan peka menggunakkan Bahasa Melayu dengan betul.

Bahasa Melayu akan terus berkembang. Akan tetapi, hal ini tidak bermaksud jika perkembangan masa dan zaman berlaku, kita tidak boleh mempraktikkan penggunaan bahasa yang betul. Mengapa harus menggunakan perkataan "gerek" untuk menunjukkan yang kita ini serentak dengan perkembangan zaman? Bahasa kita ini dinamik dan menarik. Banyak perkataan lain yang boleh digunakan. Tidak salah jika kita menggunakan perkataan "syok" yang akan membawa makna yang sama lagi betul. Tidak "modenkah" kita jika menggunakan perkataan itu?



Follow Ups:



Post a Followup

Name:
E-Mail:
Subject:
Comments:
Optional Link URL:
Link Title:
Optional Image URL:

[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]