Re: 'gerek' atau 'tak gerek'


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]


Posted by nadia (165.21.154.13) on 21:49:15 04/07/06

In Reply to: Re: 'gerek' atau 'tak gerek' posted by Muhammad Sadiq Bin Samsudin

"Masalah yang akan timbul adalah soal penerimaan perkataan baharu oleh cikgu-cikgu Bahasa Melayu kita pada masa ini terutamanya cikgu veteran. Saya pernah menggunakan satu perkataan Inggeris yang sudah diterima sebagai Bahasa Melayu di dalam kamus dewan. Malangnya, cikgu saya tidak menerima perkataan itu dan terus memangkarnya. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah cikgu tersebut menyemak kamus jika terdapat perkataan sedemikian. Mereka harus bersikap lebih terbuka di dalam hal penerimaan perkataan-perkataan sedemikian"

Saya pernah mengalami pengalaman sedemikian kerana pernah dididik seorang yang begitu prihatin mengenai penggunaan perkataan Inggeris (nota: guru saya itu seorang belia, dan bukan 'veteran').

pada hemat saya, lebih baik jika kita menggunakan perkataan Melayu yang sesuai seandainya ada perkataan Melayu yang boleh menggantikan perkataan Inggeris yang telah dimelayukan.

Misalnya, perkataan 'inisiatif' yang diterima, merupakan saduran dari perkataan Inggeris. Namun, ia lebih baik jika kita boleh menggunakan perkataan Melayu yang membawa maksud yang sama, seperti daya usaha, prakarsa, atau ikhtiar.

Mungkin itu sebabnya pendidik kepada sdr Sadiq telah memangkah pada perkataan tersebut. Namun, jika tidak dapat dielakkan, seharusnya penggunaan perkataan tersebut harus diterima.

Tidak dinafikan bahawa penggunaan perkataaan Inggeris yang telah dimelayukan sukar untuk dielakkan kerana perkembangan teknologi telah melahirkan istilah-istilah baru yang mana tidak ada perkataan dalam Bahasa melayu yang membawa maksud yang sama.

salam hormat,
nadia



Follow Ups:



Post a Followup

Name:
E-Mail:
Subject:
Comments:
Optional Link URL:
Link Title:
Optional Image URL:

[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]