Re: 'gerek' atau 'tak gerek'


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]


Posted by Muhammad Sadiq Bin Samsudin (192.169.41.44) on 12:25:47 04/07/06

In Reply to: Re: 'gerek' atau 'tak gerek' posted by Khairunnisa Bte Zulkifli

Salam sejahtera

Slanga remaja telah menimbulkan kekhuatiran di atara pencinta Bahasa Melayu kita di atas penggunaannya yang tidak terkawal. Remaja masa kini lebih selesa menggunakan slanga remaja daripada bahasa yang telah diiktiraf di dalam kamus. Ada yang terikut-ikut sehinggakan mereka menggunakan slanga remaja untuk menulis karangan mereka.

Saya setuju benar jika slanga remaja yang sudah kerapkali diucapkan oleh para remaja kita ini diiktiraf di dalam kamus. Dengan berbuat demikian, ia bukan sahaja dapat mengembangkan lagi bahasa kita ini malah ia juga dapat menyesuaikan para remaja kita pada hari ini dengan penggunaan Bahasa Melayu yang lebih sempurna. Cogan kata bagi Bulan Bahasa 2006 berbunyi 'Semarak Bahasa Serentak Masa'. Inilah salah satu cara untuk kita menyemarakkan lagi Bahasa Melayu kita ini.

Masalah yang akan timbul adalah soal penerimaan perkataan baharu oleh cikgu-cikgu Bahasa Melayu kita pada masa ini terutamanya cikgu veteran. Saya pernah menggunakan satu perkataan Inggeris yang sudah diterima sebagai Bahasa Melayu di dalam kamus dewan. Malangnya, cikgu saya tidak menerima perkataan itu dan terus memangkarnya. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah cikgu tersebut menyemak kamus jika terdapat perkataan sedemikian. Mereka harus bersikap lebih terbuka di dalam hal penerimaan perkataan-perkataan sedemikian.

Setiap yang baik sudah pasti mempunyai keburukannya. Jika kita bersikap terlalu terbuka tentang hal penerimaan perkataan-perkataan baharu di dalam bahasa kita ini, terdapat kemungkinan di mana perkataan-perkataan asli Bahasa Melayu tidak digunakan lagi lantas luput ditelan zaman. Unsur kemelayuan kita mungkin lesap dan ini sama sekali akan menjejas budaya kita.

Renungkanlah tentang perkara ini. Adakah kita mahu cepat menerima perkataan baharu ataupun terus-menerus menegur penggunaan Bahasa Melayu yang salah dikalangan remaja kita pada hari ini?



Follow Ups:



Post a Followup

Name:
E-Mail:
Subject:
Comments:
Optional Link URL:
Link Title:
Optional Image URL:

[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]