Re: 'gerek' atau 'tak gerek'


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]


Posted by Sdri Sharifah Raudha Bte Abd.R (166.121.37.8) on 00:23:14 04/07/06

In Reply to: 'gerek' atau 'tak gerek' posted by Rahidah Mohd Noor

Salam sejahtera semua....

Saya setuju dengan apa yang dikatakan Sdri Rahidah Md.Noor bahawa perkataan 'gerek' itu jikalau digunakan 'secara lisan tidak apa asalkan jangan di dalam tulisan'. Memang saya tidak nafikan perkataan ‘gerek’ sudah sebati dalam perbualan seharian kita. ‘Gerek’ pada asalnya bermaksud ‘basikal, emas tiruan dan sebagainya’. Namun, maksudnya diubah golongan muda kita kepada ‘baik, bagus dan sebagainya’. Pada hemat saya, jikalau kita ingin menaikkan nama baik bahasa dan budaya kita sebagai orang Melayu, seharusnya kita bermula dengan perbualan seharian kita yang betul. Mungkin pada mulanya, ramai yang akan berasa canggung berbual sebegitu, tetapi saya pasti kita semua akan mula sebati dengan cara perbualan yang betul satu hari nanti. Ia bukan sahaja akan memberi gambaran yang baik terhadap orang Melayu, malah ia juga menghalang bahasa kita dari terus dicalar dan diubah-suai. Memanglah tidak ada yang akan membawa kamus ke pasar. Namun, jikalau kita tahu perkataan yang digunakan bermaksud salah, mengapa tidak kita yang mulakan pertuturan dengan bahasa yang betul? Memang saya akur saya kadang-kala menggunakan perkataan 'gerek' dalam perbualan seharian saya, tetapi setiap kali saya menggunakannya, saya pasti akan ditegur dan itu akan membuat saya jarang menggunakannya kini. Jikalau kita ingin melestarikan dan mengembangkan bahasa kita, biarlah kita lakukannya dengan betul. Kita adalah contoh kepada anak-anak muda kita. Biarlah mereka mengikut cara pertuturan orang Melayu kita yang betul.

Salam hormat,
sharifah



Follow Ups:



Post a Followup

Name:
E-Mail:
Subject:
Comments:
Optional Link URL:
Link Title:
Optional Image URL:

[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]