Re: 'gerek' atau 'tak gerek'


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]


Posted by Siti Hanna Ruslan (165.21.154.109) on 09:37:32 03/07/06

Saya bersetuju dengan beberapa perkara yang telah disebut oleh Saudari Rashidah Mohd Noor. Mungkin ada benarnya dengan teorinya yakni perkataan yang disalahgunakan seperti 'gerek' boleh disamakan tarafnya dengan pengunaan 'Singlish' di Singapura. Walaupun ianya bukanlah satu fenomena yang patut digalakkan, ia mungkin dapat menolong golongan muda selesa bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri.

Namun, kita harus sedar bahawa meskipun ia boleh membawa manfaat, fenomena sebegini sememangnya boleh membawa padah. Bagaimana kalau perkataan-perkataan lain digunakan dalam erti yang salah? nampaknya sia-sia sahaja kita cuba menggalak anak Melayu lain bertutur dalam Bahasa Melayu kerana mereka akan menggunakan perkataan yang salah, sekaligus mencipta bahasa yang baru.

Lagipun, saya tahu beberapa pelajar bahasa Melayu yang menggunakan perkataan 'gerek' (dalam erti yang salah) dalam karangan mereka tanpa sedari akan kesalahan mereka. Takut juga jikalau ia akan menjadi suatu gejala.



Follow Ups:



Post a Followup

Name:
E-Mail:
Subject:
Comments:
Optional Link URL:
Link Title:
Optional Image URL:

[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]