Re: Bahasa Rosak Menjejas Imej


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]


Posted by Gadis Keliru (203.125.213.30) on 01:16:20 27/07/06

In Reply to: Bahasa Rosak Menjejas Imej posted by Ana

Tidak dinafikan bahawa kini, lebih ramai orang Melayu bertata dalam Bahasa Melayu "Pasar". Apa yang lebih menakjubkan adalah bukan setakat remaja sahaja malah ibu bapa dan orang tua bersedemikian juga. Kita harus memperlihatkan isu ini dari perspektif realiti. Tidak mungkin orang Melayu di di negara kita (Singapura) akan berbual dalam bahasa Melayu secara formal ataupun sastera. Polisi negara kita mendesak agar semua rakyatnya, tidak kira bangsa atau bahasa, mempelajari Bahasa Ingerris sebagai bahasa pertama. Yang tentunya, Bahasa Melayu tidka akan menjadi bahasa pilihan ramai kerana Bahasa Ingerris sudah lama disemai dalam diri kita sejak kecil lagi.

Tambahan pula, saya bersetuju dnegan pendapat “Ana” mengenai pengunaan bahasa kesat. Seperti saya katakan, bahasa pasar itu tetap boleh digunakan TETAPI apa yang kita harus mengelakkan adalah pengunaan bahasa-bahasa kesat.

Saya membuat andaian bahawa ramai diantara pengirim to forum ini merupakan golongan yang bimbang akan pengunaan Bahasa Melayu. Dengan ini, mengapa tidak kita mengambil tindakan tentang isu ini daripada memberi pendapat dan mengkritik sahaja? Tentu isu ini telah diperlihatkan ramaidan tidak payah lagi di’tulis’kan. Kita boleh bermula dengan mengelakkan bahasa kesat dan mempengaruhi rakan-rakan lain pula. Bak kata pepatah “sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit” bukan?



Follow Ups:



Post a Followup

Name:
E-Mail:
Subject:
Comments:
Optional Link URL:
Link Title:
Optional Image URL:

[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]