[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]
Posted by Dahlia (203.125.213.30) on 00:44:22 27/07/06
Saya sudah setahun lebih tinggal di Singapura sebagai pelajar asing. Setelah melihat situasi dan keadaan Singapura, saya berpendapat bahawa memang susah jika bahasa Melayu digunakan dalam kehidupan sehari-hari, terutama dalam berinteraksi dengan orang-orang lain. Bangsa Melayu di Singapura memang bangsa minoriti, jadi untuk berkomunikasi dengan orang-orang bangsa lain harus menggunakan bahasa Inggeris. Para remaja yang tidak menggunakan bahasa Melayu bukan bererti mereka tidak menghargai budaya Melayu, mungkin sahaja mereka tidak diberi peluang atau pendedahan yang cukup sehingga mereka tidak fasih menggunakannya. Saya sendiri kesulitan dalam menggunakan bahasa ibunda, tetapi saya tetap bangga dengan budaya saya. Dalam pada itu, banyak orang dari bangsa Melayu mempelajari bahasa Cina, tetapi itu bukan bererti mereka malu terhadap budaya sendiri. Mungkin mereka melihat nilai ekonominya dan mengerti bahawa ada beberapa bahasa yang lebih menguntungkan untuk masa depan. Budaya seseorang tidak hanya dilambangkan oleh bahasa, tetapi tingkah laku dan etika orang tersebut juga.
[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]