[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]
Posted by Diyana (166.121.36.9) on 19:18:56 26/07/06
In Reply to: Re: Remaja sekarang dan bahasa ibunda posted by muhammad amirul bi
Assalamualaikum.
Dari sudut pemandangan saya remaja sekarang bukannya tidak ingin berbual dalam bahasa ibunda kita sebab mereka segan.Oleh kerana tidak ramai yang bertutur dalam bahasa ibunda kita, segelintir yang berbuat demikian pastinya dianggap sebagai berfikiran kolot mahupun tidak petah berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris kini dijadikan ukur tara terhadap kemampuan berkomunikasi seseorang itu.Tanggapan ini kian berleluasa dan saya harap dengan adanya kempen bulan bahasa ini lebih ramai anak melayu sudi berbual dalam bahasa ibunda kita.Biar songsang pada mulanya pertuturan mereka.Lama-lama akan fasih jua. Janganlah diejek kerana ejekan membawa kemudaratan.Bak kata pepatah apa kepada kukur nyiur juga yang binasa.
[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]