[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]
Posted by Melani kwan (166.121.37.8) on 00:46:25 11/07/06
Salam Sejahtera....Saya sebagai pelajar bahasa Melayu berpendapat bahawa remaja saat ini lebih memilih untuk berbicara dalam bahasa asing kerana mungkin sahaja mereka berfikir bahawa bahasa asing tersebut lebih berguna untuk masa depan mereka,contohnya sahaja bahasa inggeris.Mereka juga tidak menyedari bahawa bahasa Melayu juga sama pentingnya untuk masa depan mereka.Selain itu,remaja saat ini juga lebih sering berkomunikasi dengan mencampurkan semua bahasa yang mereka ketahui dalam satu ayat.Bahasa tersebut juga biasanya dikenal ramai orang dengan bahasa rojak.Semua ini berdampak buruk bagi para remaja sekarang,terutama bagi pelajar.Para pelajar mungkin sahaja akan menulis bahasa rojak yang telah biasa mereka gunakan dalam peperiksaan mereka.Walaupun begitu saya amat sangat yakin bahawa Bahasa Melayu akan tetap menjadi bahasa yang indah dan kekal.
[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]