"Apakah bijak untuk meneruskan dasar penyebutan bahasa baku di sini?"


[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]


Posted by Sdri Sharifah Raudha Bte Abd.R (166.121.36.9) on 01:19:42 06/07/06

In Reply to: Sdr Ismail Pantek Bertanya Di Berita Minggu, 25 Jun 2006: "Apakah bijak untuk meneruskan dasar penyebutan bahasa baku di sini?". Jawaban Saya..... posted by Sdr Yahya Hamid

salam sejahtera...

Semestinya ramai yang akan berasa kekok menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa baku, walhal bahasa melayu sepatutnya disebutkan sebegitu. Jikalau dahulu, lebih ramai orang melayu yang fasih berbahasa baku, namun kini, hanya segelintir sahaja yang masih amalkan percakapan sebegitu. Anak muda kita sekarang juga hanya perlu bertutur dalam bahasa baku ketika dalam ujian lisan atau ketika bertutur dengan orang yang ternama atau pencinta bahasa. Jadi, mengapa tidak kita bertutur dalam bahasa baku dalam perbualan seharian kita? susahkah? Jika kita berjaya bertutur sebegitu dalam ujian lisan atau dengan orang-orang tertentu, mengapa tidak kita bertutur sebegitu dengan rakan-rakan kita?

Mungkin ramai yang tidak sedari bahawa penggunaan slanga dan bahasa campuran dalam pertuturan seharian kita hanya akan membuat orang lain, contohnya mereka yang bukan Melayu, tidak faham akan apa yang ingin kita sampaikan. Lidah kita yang sememangnya tidak biasa bertutur dalam bahasa baku akan lambat-laun sebati dengan percakapan baku jika kita amalkan penggunaan itu. Jadi, pada hemat saya, penyebutan baku seharusnya diteruskan di sini.

Sedangkan pihak pemerintah sudah meneruskan penyebutan bahasa baku kita di sini, mengapa tidak kita cuba berbual begitu? Jikalau kita bersatu sebagai sebuah negara, besar kemungkinan, semua warga Melayu pasti akan dapat menguasai penyebutan itu bersama-sama dan insyaallah, pada suatu hari nanti pasti negara Singapura akan lebih maju kelak.

salam hormat,
sharifah



Follow Ups:



Post a Followup

Name:
E-Mail:
Subject:
Comments:
Optional Link URL:
Link Title:
Optional Image URL:

[ Follow Ups ] [ Post Followup ] [ NMS WWWBoard Version 1.0 ]