|
Bahasa Imaginasi
Oleh Masuri SN
Bernafaskan makna-makna
berudarakan suara-suara
begitu bahasa
menjadi keyakinan
semangat dan perkasa.
Manusia mendaki gunung
manusia menempuh gaung
manusia yang terkurung
dalam penjara berpuluh tahun,
apakah yang dapat menolong ?
Itulah bahasa
membebaskan suasana
menjadi api bayangan
imaginasi,
membuat manusia
tahan merentasi
daerah pasir tak berbumi
menembusi hutan belantara mimpi
tahan menggali dasar lautan
menerokai bulan;
menjadi bererti
maknanya diri
hidupnya manusia bisa berbicara
suara batin suarajiwa
di tengah-tengah kebalauan dunia.
Pelita Bahasa, Kuala Lumpur
Ogos 1999
Bertahan Dalam Makna
Oleh Masuri
S.N.
ketika kepala ditompoki dengan soal berat
tambah larut pengertian
untuk bertahan,
rnaka datang sahaja pujukan
mengusap ubun-ubun:
apalah yang kau mahu pertahankan
tidakkah kau melihat
sernua kernungkinan
sudah menjadi kenyataan,
maka apalah yang dipersoalkan
kerana berjalan terus begini
terbuka begini juga menyerahkan warna,
tahu-tahu persoalan
sudah menjadijawapan,
untuk bertahan dalam makna
hidup yang kehilangan maruah,
maka lebih memilukan kalbu
danjantung bergoncang sekencang-kencang
melihat semua kernungkinan menjadi debu asap
yang berterbangan di awang-awangan
mengotori kehidupan rnakin bertambah teruk
oleh suara menjeruk
oleh bisik bisu
dari nafas dan nada
dari makna yang tidak ke mana-mana
hanya sekadar bertahan
dalam makna
Singapura,
Berita Minggu, 15 Mac 1981
‘Maya’
Kucari kedalaman
di mana-mana terasa kekosongan
orang-orang meneruskan saja
hidup terjerat dalam kebiasaan;
memilih kesenangan wang ringgit berjuta
mengutamakan nama sementara ada hayat.
Ah ini rumit
perit, difikir-fikir
tak ada kesempatan untuk berzikir
segalanya terkubur dalam internet.
Lalu datang malam
menabir siang yang terbenam
berjuta tidak tahu peralihan begini
Dirasakan seperti baru tadi bermimpi.
Benarkah dunia ini melekakan
kita terjerat dalam berangan-angan
berpanjangan, menyerahkan diri
kepada keseronokan
kepada kelalaian
apakah ini memang menjadi pilihan.
Seorang yang
Bernama Manusia
Oleh Noor S.I.
Menujuh warna
pelanginya menyilang angkasa
sedang mergastua
menghala sayapnya
menghunjam paruhnya ke muara
siapa akan mengerti siapa
akan nasibnya
seorang yang bernama manusia.
Terbetiklah kisahnya
kisah kita dan mereka
sekali semenda
lelapnya memuncak Cuma
mimpinya tersungkur antara
besok dan lusa
antara
rumah gadang berlumpur tua
serta kelkatu yang berjuta
serta mergastua
beserta paruhnya
mengepalangi akan hayatnya.
Manusia
apa yang aku pinta
panjatkanlah segala usia
ke puncak kepekaannya
bagai mergastua menghela sayapnya
kelkatu menenggangi lampu tua
memberi makna
dalam warna
pelangi menujuhkalikan indahnya
di mana-mana.
Singapura
25 0ktober 1985
Kuala Loyang II
Oleh Radin Zaduan
Kuala Loyangku
sekali bila kau kujengah
wajahmu kelihatan lesu
dan
tubuhmu lebih tidak bermaya
mungkin kerana
pembedahan pada tubuhmu
masih belum langsaijua.
ranumnya rinduku padamu
bagai buah nona waktu dahulu
di halaman rumah.
sebenarnya
akulah menanti kejayaan kita
untuk bangkit semula
dan
hidup seperti biasa
di antara hutan batumu
yang kini mula menjalar
bersama lajunya
derumanjentera-jentera
untuk pembangunan negara kita
kendatipun
kita telah tidak lagi bersama.
Kuala Loyang
dua puluhlima tahun dahulu
adalah hutan dan belukar
tetapi kini
telah banyak yang bertukar
hanya satu mahuku
Kuala Loyang
biarlah terus bertakhta.
Circut Road
Berita Minggu, 31 Mac 1985
Kehidupan
Oleh Sharifah Maznah Abubakar
Tidak benar kau mengatakan bahawa
lautan itu lebih dekat meraih erti
kehidupan dari kita yang berlindung
di sebalik cermin kaca, membuka daun-daun
buku, tetapi asing pada kehidupan.
Di sini pada akal budi yang menimba
keping-keping sejarah dan falsafah
mencipta formula-formula seperti
lautan itu menimba sarat muatan dari
anak-anak sungai yang kecil besar,
mengadunkannya dengan kemasinan, lalu
terciptalah sesuatu yang baru, seperti
jadinya ia makanan si tiram untuk
membentuk sebutir mutiara walaupun
bertahun-tahun lamanya.
Dari cermin kaca ini yang akan memulangkan
semula pada alam dan kehidupan
erti kekayaan dan kebahagiaan,
erti kesyukuran dan keinsafan,
erti keadilan.
Telok Kurau
Berita Minggu, 5 Januari 1984
Atas
Segala Kemungkinan
Oleh Sarifah Yatiman
Dalam jarak waktu berliku
kesetiaan adalah ikrab
membentuk kadar bahagia
meski ia amat kecil sekali
kerana sebenarnya jarak waktu ini
menjadi pendidik yang mutlak
kehidupan penuh tandatanya
adalah misteri yang tidak terjawab
bukan satu keasingan
atau keganjilan untuk mengenal
kehidupan
kerana hari tidak pemah panjang
takdir tidak menjanjikan apa-apa
dan detik waktu yang lewat
semakin menyedarkan
tiada lagi pungguk yang rindukan sang
bulan
putus asa bukan penghujung jalan
dendam bukan penamatnya
usia yang semakin menua
adalah sisa-sisa yang perlu
dimanfaatkan
dan atas segala kemungkinan
perbuatanmu menemukan segala.
Ang Mo Kio
Berita Minggu, 25 September 1983
Laki-laki Melayu Seperti Aku
Oleh Yahya Abdul Hamid
seperti engkau, aku juga Melayu
yang tidak lagi kaku dan
malu-malu
berdepan dengan perubahan
atau dikhuatiri kemungkinan.
kerana aku laki-laki muda,
yang cepat amat merasa
telah kutangkap intelektual
dengan tangan sebelah
dan kumasukkan
ke dalam saku kemelayuanku.
aku laki-laki yang
disederhanakan
oleh sekitaran dan cuacarasa
menjadi peka oleh kehidupan
sopan keluarga
pun menghormati yang tua,
dengan bahasa lebih bermakna.
cuma terkadang-kadang,
aku laki-laki melayu
yang terbiasa meletakkan tinju
antara dagu dan hidung
mengukur dan merenung
sebab sepertijuga engkau,
aku ingin merangkum hidup
dengan kerapian pilihan dan akal
bandingan.
aku pemikir melayu yang kecil
menyanggah sentimen dan menolak
kemarahanmu
dengan lunak.
aku laki-laki yang kaya
kebudayaan
walaupun tidak sempurna semua
sebahagian daripadaku,
telah belajarjadi bijaksana.
oleh kerana aku laki-laki melayu
akupun sekarang perlu tersenyum
sabar
atau tertawa dengan lebih wajar.
Wiltshire Road
Berita Minggu, 23 September 1979
Kata dan Laku
Oleh Yatiman Yusof
sisihkan rasa
bersama kita hadapi
salah dengan salah
kita bina semula
nasib cucu cicit kita
bukankah kata dan laku
awan bulan langit bintang
kitalah sama membinanya
matahari kita pancarkan
hingga mimpi igau malam
sumbang
jadi warna mainan
anak-anak esoknya
bukankah kata dan laku
panji kemanusiaan
pengikis hidup pincang
perintis onak duri anak
zaman
genta keadilan setiap anak
rnanusia
usahlah dipinta aku
membuang kata-kata
dari saku baju seluar
kasut kertasku
untuk ke pentas
bersama pelaku yang lain
kerana kata dan laku
bakal hangus bila lautan
jadi api
dan nesan tenggelam dalam
perut bumi
antara kita sementara ini
putusan biar begini.
Cambridge
Berita Minggu, 3 Jun 1984
Untuk Keterangan Lanjut, kunjungi
lelaman Internet kami di:
www.persadaku.org
For more info, visit our website at: www.persadaku.org
Atau hubungi Fuchun CC 63656911 /
Marsiling CC 62696768
Or Call
Fuchun CC 63656911 / Marsiling CC
62696768
|
Home
Page |
Foreword
|
About Fuchun CC MAEC
| Committee
Members |
|
Schedule of
Activities
|
Webstats
|
E-Newsletter
|
Our Links
|
Application
Form
|
|