Majlis Bahasa Melayu Singapura, North West CDC,

 Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC)

Kelab Masyarakat Fuchun & Marsiling

Dengan sukacitanya mempersembahkan………..

 

 

Pesta Bahasa & Budaya 2006

Sempena Bulan Bahasa 2006

Malay Language & Cultural Fiesta 2006

In Conjunction With Malay Language Month 2006

 

www.persadaku.org

 

 

 

PERADUAN DEKLAMASI SAJAK

Sajak Poetry Contest

 

Sabtu, 15 Julai, 1 tengahari, di Kelab Masyarakat Fuchun

Saturday, 15 July, 1 pm, Fuchun Community Club

 

 


 

Sajak-Sajak Wajib

 

       Kebanggaan yang Hilang Oleh Aliman Hassan

Sebuah Pondok Tua Oleh Asmin

Melayuku, Melayumu Oleh Mohammed Latiff Mohammed

Bahasa Imaginasi Oleh Masuri SN

Bertahan Dalam Makna Oleh Masuri S.N.

‘Maya’ Oleh Penulis Tidak Dikenali

Seorang yang Bernama Manusia Oleh Noor S.I.

Kuala Loyang II Oleh Radin Zaduan

Kehidupan Oleh Sharifah Maznah Albubakar

Atas Segala Kemungkinan Oleh Sarifah Yatiman

Laki-laki Melayu Seperti Aku Oleh Yahya Abdul Hamid

Kata dan Laku Oleh Yatiman Yusof

 


 

 

 

Kebanggaan yang Hilang

 

Oleh Aliman Hassan

 

Dalam jalanan yang panjang

anak-anak masa sering kecundang.

Dari kehampaan yang menikam-nikam,

kegembiraan yang terpendam

tenggelam bersama wajah suram.

 

Kebanggaan yang pernah mengisi diri

menyanjung kejayaan remaja meniti pelangi

terjelma dari gumpalan hasrat dan aspirasi;

ikatan tekad dan budi

hilang ditelan kecelaan pekerti.

 

Ke mana irama lagu ilmu

lambang nilai murni?

 

Dari irama lagu ilmu

terpancar nada remaja membelah waktu;

dari petikan kecapi budi

tergambar ketandusan nilai tradisi.

 

Tercela ilmu yang tinggi

dek budi yang tak mumi.

 

Maka

terhapuslah sanjungan

hilanglah kebanggaan!

 

 

Lagoon View

Berita Minggu, 1 Ogos 1982

 


Sebuah Pondok Tua

 

Oleh Asmin

 

Pondok itu semakin tenat

dihuni ibu tua penuh setia

anak-anak sarjana

sudah tidak betah membela

kepanjangan umurnya

dan hanya melihat dari jauh

berdirinya dengan goyah

rapuh menempuh badai merempuh

 

mereka tidak pemah merasa rugi

atau resan mencatat kehilangan

tradisi dan peribadi

dari semula

menjadi wadah hidup satu-satunya

menaung dan membuka mata

mereka pada sekolah

 

sesekali

anak-anak intelektuil datang

meraih dari orang tua dengan paksa

tiang-tiang kayu masih utuh

tunggak utama buat sekian lama

untuk dibuat kayu-kayu ceracak

membangun pangsa batu

angkuh mendongak langit

 


 

Melayuku, Melayumu

 

Oleh Mohammed Latiff Mohammed

 

telah kutafsir makna Melayuku

dari mata dan bibir sejarah

yang luka bagai selendang berdarah

yang pilu bagai perawan berduka

mengalirnya Melayumu

lembut dan terus

menjadi embun

dingin mempesona

dan Melayuku

bagai riak danau

terkandas di lumpur

berdebu dan kotor.

Melayuku bagai serigala sengsara

sakit dan terseksa

di perut gua

gelap bagai jelaga,

telah kujumpa Melayumu

berjebat dan bertuah

menggenggam tangan membuka dada

mematahkan bianglala

yang melilit pinggang sejarahmu

di hujung senja yang suram mimpinya

dan Melayuku duka rindunya

dipeluk belantara kota

dibelai aspal jalan raya

Melayumu adalah bulan pumama

harum cempaka wangi cendana

Melayuku adalah pelamin yang patah

pusara yang legam

dan malam yang pasrah.

 

 

Singapura

Dewan Sastera, Mac 1983

 


 

Bahasa Imaginasi

 

Oleh Masuri SN

 

Bernafaskan makna-makna

berudarakan suara-suara

begitu bahasa

menjadi keyakinan

semangat dan perkasa.

Manusia mendaki gunung

manusia menempuh gaung

manusia yang terkurung

dalam penjara berpuluh tahun,

apakah yang dapat menolong ?

Itulah bahasa

membebaskan suasana

menjadi api bayangan

imaginasi,

membuat manusia

tahan merentasi

daerah pasir tak berbumi

menembusi hutan belantara mimpi

tahan menggali dasar lautan

menerokai bulan;

menjadi bererti

maknanya diri

hidupnya manusia bisa berbicara

suara batin suarajiwa

di tengah-tengah kebalauan dunia.

 

 

Pelita Bahasa, Kuala Lumpur

Ogos 1999

 


 

Bertahan Dalam Makna

 

Oleh Masuri S.N.

 

ketika kepala ditompoki dengan soal berat

tambah larut pengertian

untuk bertahan,

rnaka datang sahaja pujukan

mengusap ubun-ubun:

apalah yang kau mahu pertahankan

tidakkah kau melihat

sernua kernungkinan

sudah menjadi kenyataan,

maka apalah yang dipersoalkan

 

kerana berjalan terus begini

terbuka begini juga menyerahkan warna,

tahu-tahu persoalan

sudah menjadijawapan,

untuk bertahan dalam makna

hidup yang kehilangan maruah,

maka lebih memilukan kalbu

danjantung bergoncang sekencang-kencang

melihat semua kernungkinan menjadi debu asap

yang berterbangan di awang-awangan

mengotori kehidupan rnakin bertambah teruk

oleh suara menjeruk

oleh bisik bisu

dari nafas dan nada

dari makna yang tidak ke mana-mana

hanya sekadar bertahan

dalam makna

 

 

Singapura,

 Berita Minggu, 15 Mac 1981

 


 

‘Maya’

 

Kucari kedalaman

di mana-mana terasa kekosongan

orang-orang meneruskan saja

hidup terjerat dalam kebiasaan;

memilih kesenangan wang ringgit berjuta

mengutamakan nama sementara ada hayat.

Ah ini rumit

perit, difikir-fikir

tak ada kesempatan untuk berzikir

segalanya terkubur dalam internet.

Lalu datang malam

menabir siang yang terbenam

berjuta tidak tahu peralihan begini

Dirasakan seperti baru tadi bermimpi.

Benarkah dunia ini melekakan

kita terjerat dalam berangan-angan

berpanjangan, menyerahkan diri

kepada keseronokan

kepada kelalaian

apakah ini memang menjadi pilihan.

 


 

Seorang yang Bernama Manusia

 

Oleh Noor S.I.

 

Menujuh warna

pelanginya menyilang angkasa

sedang mergastua

menghala sayapnya

menghunjam paruhnya ke muara

siapa akan mengerti siapa

akan nasibnya

seorang yang bernama manusia.

 

Terbetiklah kisahnya

kisah kita dan mereka

sekali semenda

lelapnya memuncak Cuma

mimpinya tersungkur antara

besok dan lusa

antara

rumah gadang berlumpur tua

serta kelkatu yang berjuta

serta mergastua

beserta paruhnya

mengepalangi akan hayatnya.

 

Manusia

apa yang aku pinta

panjatkanlah segala usia

ke puncak kepekaannya

bagai mergastua menghela sayapnya

kelkatu menenggangi lampu tua

memberi makna

dalam warna

pelangi menujuhkalikan indahnya

di mana-mana.

 

 

Singapura

25 0ktober 1985

 


 

Kuala Loyang II

 

Oleh Radin Zaduan

 

Kuala Loyangku

sekali bila kau kujengah

wajahmu kelihatan lesu

dan

tubuhmu lebih tidak bermaya

mungkin kerana

pembedahan pada tubuhmu

masih belum langsaijua.

 

ranumnya rinduku padamu

bagai buah nona waktu dahulu

di halaman rumah.

 

sebenarnya

akulah menanti kejayaan kita

untuk bangkit semula

dan

hidup seperti biasa

di antara hutan batumu

yang kini mula menjalar

bersama lajunya

derumanjentera-jentera

untuk pembangunan negara kita

kendatipun

kita telah tidak lagi bersama.

 

Kuala Loyang

dua puluhlima tahun dahulu

adalah hutan dan belukar

tetapi kini

telah banyak yang bertukar

hanya satu mahuku

Kuala Loyang

biarlah terus bertakhta.

 

 

Circut Road

Berita Minggu, 31 Mac 1985

 


 

Kehidupan

 

Oleh Sharifah Maznah Albubakar

 

Tidak benar kau mengatakan bahawa

lautan itu lebih dekat meraih erti

kehidupan dari kita yang berlindung

di sebalik cermin kaca, membuka daun-daun

buku, tetapi asing pada kehidupan.

 

Di sini pada akal budi yang menimba

keping-keping sejarah dan falsafah

mencipta formula-formula seperti

lautan itu menimba sarat muatan dari

anak-anak sungai yang kecil besar,

mengadunkannya dengan kemasinan, lalu

terciptalah sesuatu yang baru, seperti

jadinya ia makanan si tiram untuk

membentuk sebutir mutiara walaupun

bertahun-tahun lamanya.

 

Dari cermin kaca ini yang akan memulangkan

semula pada alam dan kehidupan

erti kekayaan dan kebahagiaan,

erti kesyukuran dan keinsafan,

erti keadilan.

 

 

Telok Kurau

Berita Minggu, 5 Januari 1984

 


 

Atas Segala Kemungkinan

 

Oleh Sarifah Yatiman

 

Dalam jarak waktu berliku

kesetiaan adalah ikrab

membentuk kadar bahagia

meski ia amat kecil sekali

kerana sebenarnya jarak waktu ini

menjadi pendidik yang mutlak

 

kehidupan penuh tandatanya

adalah misteri yang tidak terjawab

 

bukan satu keasingan

atau keganjilan untuk mengenal kehidupan

kerana hari tidak pemah panjang

takdir tidak menjanjikan apa-apa

dan detik waktu yang lewat

semakin menyedarkan

tiada lagi pungguk yang rindukan sang bulan

 

putus asa bukan penghujung jalan

dendam bukan penamatnya

 

usia yang semakin menua

adalah sisa-sisa yang perlu dimanfaatkan

dan atas segala kemungkinan

perbuatanmu menemukan segala.

 

 

Ang Mo Kio

Berita Minggu, 25 September 1983

 


 

Laki-laki Melayu Seperti Aku

 

Oleh Yahya Abdul Hamid

 

seperti engkau, aku juga Melayu

yang tidak lagi kaku dan malu-malu

berdepan dengan perubahan

atau dikhuatiri kemungkinan.

kerana aku laki-laki muda,

yang cepat amat merasa

telah kutangkap intelektual

dengan tangan sebelah

dan kumasukkan

ke dalam saku kemelayuanku.

 

aku laki-laki yang disederhanakan

oleh sekitaran dan cuacarasa

menjadi peka oleh kehidupan sopan keluarga

pun menghormati yang tua,

dengan bahasa lebih bermakna.

cuma terkadang-kadang,

aku laki-laki melayu

yang terbiasa meletakkan tinju

antara dagu dan hidung

mengukur dan merenung

sebab sepertijuga engkau,

aku ingin merangkum hidup

dengan kerapian pilihan dan akal bandingan.

 

aku pemikir melayu yang kecil

menyanggah sentimen dan menolak kemarahanmu

dengan lunak.

aku laki-laki yang kaya kebudayaan

walaupun tidak sempurna semua

sebahagian daripadaku,

telah belajarjadi bijaksana.

oleh kerana aku laki-laki melayu

akupun sekarang perlu tersenyum sabar

atau tertawa dengan lebih wajar.

 

 

Wiltshire Road

Berita Minggu, 23 September 1979

 


 

Kata dan Laku

 

Oleh Yatiman Yusof

 

sisihkan rasa

bersama kita hadapi

salah dengan salah

kita bina semula

nasib cucu cicit kita

 

bukankah kata dan laku

awan bulan langit bintang

kitalah sama membinanya

matahari kita pancarkan

hingga mimpi igau malam sumbang

jadi warna mainan anak-anak esoknya

 

bukankah kata dan laku

panji kemanusiaan

pengikis hidup pincang

perintis onak duri anak zaman

genta keadilan setiap anak rnanusia

 

usahlah dipinta aku membuang kata-kata

dari saku baju seluar kasut kertasku

untuk ke pentas

bersama pelaku yang lain

kerana kata dan laku

bakal hangus bila lautan jadi api

dan nesan tenggelam dalam perut bumi

 

antara kita sementara ini

putusan biar begini.

 

 

Cambridge

Berita Minggu, 3 Jun 1984

 

 


Untuk Keterangan Lanjut, kunjungi lelaman Internet kami di:

www.persadaku.org

 

For more info, visit our website at:

www.persadaku.org

 

Atau hubungi Fuchun CC 63656911 / Marsiling CC 62696768

Or Call Fuchun CC 63656911 / Marsiling CC 62696768