Silat Seni
Diiringi Puisi

Gerak Raga Bicara Minda”
 
Ciptaan
Sdr A Rahim A Rashad

 


 

Artistic Silat

Accompanied
By Poetry (Sajak) Written By

Mr A Rahim A Rashad

 

 

 


 

Syukurlah
Masih Ada Cucunda Yang Cinta
Pada Warisan Pusaka Ninda
Melastarikan Yang Tidak Ada Ertinya
Pada Yang Tidak Mengerti
Gerak Geri Pahlawan Silam
Mengatur Langkah Lemah Gemalai
Membela Dan Mempertahankan Diri
Mengaburkan Belaan Dalam Pergerakan
Menyembunyikan Helah Serangan Mematikan

 

Keluhuran Budi
Kemurnian Seni
Terpahat Dalam Gerak
Tidak Cacat Sedikit Jua
Minda Berbicara
Berfikir Dan Berkata
Apakah Langkah Membawa Petaka
Apakah Gerak Membawa Celaka

 

Dalam Gerak Raga
Tutur Bicara
Melayu Indah Bahasanya
Santun Pekertinya
Dingin Bagai Embun Pagi

Bersalut Wangi Kasturi
Menikam Tanpa Terasa Pedih Peri
Satu Kalimat Makna Seribu
Satu Kata Cukup Menusuk Kalbu

 

Anak Kecil Cemburu Rasa
Kuat Keinginan
Mengikut Gerak Kanda
Gerak Tidak Seindah Sempurna

Hati Tabah Mahu Mencuba
Bergerak Seperti Lidah Berbicara
Menjaga Budaya Jangan Cacat Cedera

 

Memelihara Kata
Jangan Sampai Tercela Bahasa
Sempurna Laku
Sempurna Bahasa Dijaga

 

Ikut Contoh Gerak Haiwan
Bukan Jadi Haiwan
Gerak Laku Kera
Bukan Kera Perilaku
Ganas Macan
Bukan Macan Kelakuan
Berdiri Bangau Bangga Diri
Bukan Itu Dalam Diri

 

Gerak Raga
Bicara Minda
Seiring Sekata
Sama Indahnya
Sama Bertenaga
Budaya Ninda Tetap Terpelihara
Jati Diri Melayu
Lestarinya Takkan Layu