|
|
|
|
|
Sani
Hussein & Yanni Kamit sebagai Pembawa Acara |
Menerima
Ketibaan Tetamu Terhormat Dengan Penuh Istiadat |
Sdr
Hawazi Daipi, Tetamu Terhormat, Setiausaha Parlimen (Pendidikan)
& Anggota Parlimen Sembawang GRC, bersalaman dengan para
hadhirin |
Tetamu
Terhormat disambut dengan penuh adat istiadat budaya Melayu |
Persembahan
istiadat selamat datang dengan menabur beras kunyit & sepasang
bunga pahar |
|
|
|
|
|
Para
Tetamu Istimewa |
Tarian
Zapin Oleh Belia Fuchun CC MAEC Sebagai Pembuka Tirai |
Sdr
Yahya Hamid, Pegerusi MAEC |
|
|
|
|
|
Pelakon
Rashid Din Meluahkan Rasa Hati Melalui Puisia |
Roziah
Samad Mendendangkan Lagu: 'Cindai' |
Penari-penari
Beliawati MAEC Dengan Iringan Lagu: 'Manira'
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Para
Peserta Peraduan Deklamasi Sajak Remaja
Memamerkan
Bakat Mereka Dengan Penuh Penghayatan
|
|
|
|
|
Sketsa Komedi
Berjudul: "Jemput Atau Undang?" Yang Menonjolkan Perbezaan
Bahasa Melayu & Bahasa Indonesia. Dibintagi Oleh Pelawak &
Pelakon Terkenal Alias Kadir, Ishak Ahmad, Rashid Din &
Saifuddin Mahfudz
|
Sdr
Abdullah Ali & Sdri Maznah Sahar mendendangkan lagu: 'Gurindam
Jiwa' |
Para
Pemenang Sagu Hati Deklamasi Sajak Menerima Hadiah Dari Pengerusi
MAEC, Sdr Yahya Hamid |
|
|
|
|
|
|
|
Pemenang
Ketiga Deklamasi Sajak |
Pemenang
Kedua Deklamasi Sajak |
Pemenang
Pertama Deklamasi Sajak |
Pemenang
Ketiga Pengertian Senikata Lagu |
Pemenang
Kedua Pengertian Senikata Lagu |
Pemenang
Pertama Pengertian Senikata Lagu |
Cendra
Hati untuk Pengadil Sdr Rashid Din |
|
|
|
|
|
|
Cendra
Hati Untuk Tetamu Khas, Mr Cheong Khim Teck, Pengerusi Marsiling CCC |
Cendra
Hati Untuk Tetamu Khas, Mr Ng Ah Kau, Pengerusi Fuchun CCMC |
Cendra
Hati Untuk Tetamu Terhurmat, Sdr Hawazi Daipi |
Berfoto
Dengan Para Pemenang Peraduan Deklamasi Sajak & Pengertian
Senikata Lagu |
Mendendangkan
Lagu Bulan Bahasa Beramai-ramai |
Para
Pemenang Peraduan Deklamasi Sajak |
|
|
|
|
|
|
Berfoto
Dengan Para Penganjur Dan Anak-anak |
Latihan
Menerima Tetamu Terhormat |
Latihan
Tarian Zapin |
Tarian
Lagu: 'Manira' |
Roziah
Samad Berlatih Bernyanyi Dan Diiringi Tarian |
Pentas
Yang Sudah Dihiasi |
|
Malam
Keindahan Bahasa & Budaya 2002 - Laporan
Pada
Sabtu, 20 Julai, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Kelab Masyarakat
Fuchun (Fuchun CC MAEC) bersama-sama dengan Majlis Bahasa, North-West CDC
dan Marsiling CCC telah menganjurkan Malam Keindahan Bahasa Dan Budaya
sempena Bulan Bahasa 2002. Acara tersebut mendapat sambutan meriah dari
penduduk setempat. Malah media massa telah memberi liputan yang
menggalakkan melalui Berita Harian, Radio Warna & Radio Ria serta siaran tv Suria. Kami sangat
menghargainya dan mengucapkan terima kasih atas sambutan penduduk dan
liputan media massa. Jumlah penonton dan perserta yang hadhir adalah 350.
Dalam
menyelenggarakan acara tersebut, adalah hasrat kami menyajikan acara yang
menarik dan unik. Acara pada malam ini termasuk:
-
Peraduan
Deklamasi Sajak Untuk Remaja
- Kami memang sengaja menumpukan perhatian kami pada remaja agar
mereka sedar dan tidak lupa akan keindahan Bahasa dan Budaya Melayu.
-
Peraduan
Pengertian Senikata Lagu Untuk Umum
- Acara ini kami kira mempunyai ciri kelainan berbanding dengan
peraduan lain. Hadhirin yang mengambil bahagian dikehendaki
mengartikan secara tertulis kata-kata dari lirik lagu-lagu yang
didendangkan pada malam itu. Dengan tidak secara langsung, mereka
dapat menghargai keindahan Bahasa Melayu yang terdapat pada lirik
lagu-lagu.
-
Sketsa
Komedi Bahasa Melayu & Bahasa Indonesia:
'Jemput
Atau Undang?’ -
Sketsa ini telah diilhami oleh suatu rencana yang disiar di surat
khabar 'Suara Pembaruan' (Jakarta) pada 4 March 1989 yang masih saya
simpan hingga sekarang dan telah saya angankan bahwa pada suatu hari
nanti akan dijadikan suatu bahan lakonan. Alhamdulillah, ianya sudah
menjadi suatu kenyataan meskipun pada skala kecil. Namun demikian,
artis-artis yang mengambil bahagian tidak kurang layaknya dan cukup
terkenal. Mereka adalah pelakon dan pelawak veteran Singapura yang
terdiri dari Alias Kadir, Ishak Ahmad, Rashid Din dan Saifuddin
Mahfudz. Skripnya pula ditulis oleh Hamid Ismail.
Perbezaan
antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sering mengakibatkan
perselisihan dan malah salah faham hinggakan kadang-kadang
menimbulkan kelucuan. Disebaliknya pula perbezaan inilah yang menunjukkan
keindahan dan kekayaan Bahasa Melayu. Seandainya Anda berminat membaca
rencana surat
khabar 'Suara Pembaruan' tersebut di atas yang berjudul: "Bahasa
Indonesia Dan Bahasa Malaysia (Melayu) Sering Sebunyi Tapi Pengertian
Berbeda", silakan Klik
Di Sini.
Selamat
menikmati sajian foto-foto Malam Keindahan Bahasa Dan Budaya yang telah kami
selenggarakan..............
Salam
hormat,
Yahya
Hamid
Pengerusi
Jawatankuasa
Eksekutif Kegiatan Melayu Kelab Masyarakat Fuchun (Fuchun CC MAEC)
Jawatankuasa
Penganjur 'Malam Keindahan
Bahasa & Budaya Sempena Bulan Bahasa
2002'
|