Majlis Bahasa Melayu Singapura, North West CDC, Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti

Melayu Kelab Masyarakat Fuchun & Marsiling Dengan Sukacitanya Mempersembahkan…

 

PESTA BAHASA & BUDAYA 2006

Sempena Bulan Bahasa 2006

 

Peraduan Mendeklamasi Sajak

Peraturan Dan Syarat-Syarat Peraduan

 

 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PERADUAN MENDEKLAMASI SAJAK  akan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Fuchun dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Marsiling untuk menyemarakkan PESTA BAHASA & BUDAYA 2006 sempena Bulan Bahasa 2006. Oleh kerana keterbatasan waktu, peraduan ini dihadkan kepada 20 peserta sahaja atas dasar yang dahulu didahulukan. Peraduan tersebut akan dijalankan pada:

 

Tarikh: Sabtu, 15 Julai 2006

Waktu: 1 tengahari

Tempat: Kelab Masyarakat Fuchun, Woodlands St. 31

 

Matlamat Peraduan

1.       Mengetengahkan sajak-sajak karya penyajak-penyajak tempatan yang diiktiraf

2.       Mencungkil bakat mendeklamasi  sajak

3.       Menimbulkan minat masyarakat terhadap penulisan dan deklamasi sajak

4.       Menyerlahkan keindahan bahasa Melayu melalui karya puisi

5.       Memperkaya bahasa Melayu melalui deklamasi dan penghayatan sajak.

 

Syarat-Syarat

1.       Peraduan ini terbuka kepada warga negara dan penduduk tetap Singapura, para pelajar sekolah dan pelajar institiusi pengajian tinggi.

2.       Peserta diwajibkan memilih dan mendeklamasi sekuntum sajak yang disediakan oleh pihak penganjur. Waktu deklamasi terbatas kepada 3 minit. Sajak-sajak akan diberikan setelah pendaftaran peserta diterima penganjur.

3.       Peserta juga harus mendeklamasi sajak pilihan sendiri. Sajak pilihan itu hendaklah bertemakan bahasa atau masyarakat (Melayu). Panjang sajak pilihan itu hendaklah bersesuaian dengan masa deklamasi yang di tetapkan iaitu 2 minit. Sajak tersebut harus diserahkan kepada penganjur terlebih dahulu.

4.       Peserta harus mendapatkan izin daripada pihak penganjur jika mahu menggunakan prop atau  muzik latar atau kedua-duanya sekali untuk mengiringi pembacaan sajak mereka. Demikian juga sekiranya sajak itu mahu diiringi dengan lakunan. Ramai pelakun dibataskan kepada tiga orang. (Prop, muzik latar dan lakunan tidak diberi penilaian dalam pemarkahan)

5.       Pihak penganjur berhak menukar atau menambah syarat-syarat yang sedia ada jika perlu.

6.       Keputusan Panel Penilai dan Juri adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.

7.       Juara Peraduan dikehendaki mendeklamasi  sajak yang membawa kemenangan kepadanya di acara utama PESTA BAHASA & BUDAYA 2006 pada Sabtu, 29 Julai 2006, jam 8 malam di Kelab Masyarakat Fuchun, Woodlands St. 31.

 

Hadiah & Sijil Penyertaan

·         Peraduan ini memperuntukkan 3 hadiah utama.

·         Setiap Peserta akan diberi Sijil Penyertaan.