Majlis Bahasa
Jawatankuasa
Eksekutif Aktiviti Melayu Kelab
Masyarakat
Fuchun &
Marsiling Dengan Sukacitanya Mempersembahkan…….
|
|
PESTA BAHASA & BUDAYA 2006 Sempena Bulan Bahasa 2006 |
|
|
|
Peraduan
Berbalas Pantun Peraturan Dan Syarat-Syarat Peraduan |
|
|
1.
Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara dan
penduduk tetap Singapura. Tiada batasan umur, jantina, bangsa atau agama yang
ditetapkan untuk menyertai peraduan ini. 2. Pertandingan akan diadakan pada 8hb
Julai 2006 (Sabtu) bermula jam 3.00 petang di Kelab
Masyarakat Marsiling. Johan pertandingan akan diundang untuk membuat
persembahan, seraya mengambil hadiah kemenangan serta piala di Kelab
Masyarakat Fuchun pada 29hb Julai 2006 (Sabtu) jam 8.00 malam. 3. Hanya
pantun empat kerat sahaja yang dibenarkan di peraduan ini. Bahasa yang
digunakan haruslah di dalam ‘Bahasa Melayu Baku’. 4. Setiap kumpulan mestilah diwakili oleh tiga orang peserta. 5. Pertandingan
akan dibahagikan kepada dua pusingan. Di dalam pusingan pertama, setiap
peserta dikehendakki menjual serangkap pantun dan membeli serangkap pantun
sahaja yang dijual oleh kumpulan lawan. Sebanyak 60 markah penuh akan
diberikan dalam pusingan ini. 6. Di
dalam pusingan kedua, setiap kumpulan dikehendakki melengkapkan dua buah
pantun pusaka. Sebanyak 40 markah penuh akan diberikan dalam pusingan ini. 7. Setiap
peserta dan kumpulan dikehendakki menjawab atau melengkapkan pantun-pantun di
kedua-dua pusingan di dalam masa seminit. Buzzer atau loceng isyarat akan
dibunyikan setelah 30 saat berlalu. 8. Markah
yang diraih oleh ketiga-tiga peserta di dalam sebuah kumpulan akan
dicampurkan untuk menjadi markah keseluruhan bagi kumpulan tersebut. Dua
kumpulan yang memungut markah tertinggi di peringkat saringan akan melayakkan diri untuk bertanding di peringkat akhir. 9. Keputusan
pengadil adalah muktamad. Segala bentuk bantahan tidak akan dilayan. 10. Borang
penyertaan boleh diperolehi dari Kelab Masyarakat Marsiling atau di lelaman
web www.persadaku.org
Borang yang telah dilengkapi beserta yuran pendaftaran sebanyak sepuluh
dolar ($10.00) sahaja bagi setiap kumpulan, hendaklah dikembalikan ke Kelab
Masyarakat Marsiling selewat-lewatnya 31hb Jun 2006. 11. Setiap peserta akan menerima sijil
penyertaan dari pihak penganjur. Dua pasukan yang berjaya menempah tempat ke
peringkat akhir akan menerima wang berbentuk baucer, piala kemenangan serta
sijil penyertaan. Selamat Bertanding
dan Semoga Berjaya! |
||